10 March 2014

OTAK Kanan; Rahsia Kreativiti Dalam Kerja




OTAK KANAN; RAHSIA KREATIVITI DALAM KERJA
Mencapai Prestasi Tinggi Dalam Kerja Dengan Potensi Otak Kanan

“Untuk mahir berfikir secara kreatif seperti Einstein, apa yang perlu anda lakukan ialah jadikan ‘selalu berimaginasi’ sebagai tabiat.” - Steve Chandler, penulis buku 100 Ways to Motivate Yourself.

“Fikiran kreatif tidak terhad untuk pekerjaan tertentu dan bukan juga untuk mereka yang genius sahaja.” - Dr. David J. Schwartz, penulis buku The Magic of Thinking Big

Ramai orang hidup terperangkap dalam ‘otak kiri’ mereka. Mereka berani hadapi masalah atau kerja yang ada ‘jawapan belakang’ sahaja. Mereka mengamalkan short-sighted thinking. Yang rumit, mereka lengahkan, serah kepada orang lain atau biar ketua fikirkan.

Pekerja berprestasi tinggi pula memiliki ‘superpower’ kerana boleh melihat sesuatu yang jauh dan terselindung. Mereka berfikir secara long-sighted. Jika pekerja lain terkial-kial atau enggan selesaikan, mereka boleh lakukannya sehingga selesai. Masalah adalah cabaran bagi mereka.

Kuasa ‘superpower’ ini sebenarnya adalah potensi otak kanan yang terbenam. Ia jarang ditemui kerana cara menimbulkannya jarang diajar di sekolah, rumah mahupun di tempat kerja. Justeru, jika rahsia ini dapat dipelajari, pasti kerja akan menjadi lebih seronok.

Kursus bersifat ‘how to’ ini akan mendedahkah kakitangan anda dengan teknik mudah mengoptimumkan potensi otak kanan untuk meningkatkan kecekapan bekerja. Inilah asas untuk melahirkan pekerja yang proaktif, tinggi daya inovasi dan kreatif. Usahlah pelik jika selepas ini ramai superhero di pejabat anda.


OBJEKTIF

Tingkatkan Kesedaran
Menyedari bahawa dengan memanfaatkan potensi otak kanan ia boleh memberi kesan besar kepada prestasi dan kepuasan dalam bekerja.

Tambah Pengetahuan
Memahami teknik-teknik mudah mengoptimumkan penggunaan potensi otak kanan bagi meningkatkan pelbagai aspek kemahiran dalam bekerja.

Tingkatkan Kemahiran
Menjadi lebih mahir, berkesan dan cekap dalam bekerja dengan mengaplikasikan teknik-teknik yang dipelajari.


KANDUNGAN

1. Otak Kanan Atau Kiri, Kenali Personaliti Anda?
- Personaliti Berbeza, Cara Kerja Juga Berbeza.
- Siapa Lebih Menonjol Dan Berjaya Dalam Kerja?

2. Potensi Otak Kanan, Kenapa Ia Penting Dalam Kerja?
- Apa Kaitan Otak Kanan, Kreativiti Dan Prestasi?
- Bagaimana Otak Kanan Mencetus Rasa Seronok?

3. Teknik Mudah Menggunakan Potensi Otak Kanan Dalam:-
a. Merancang Dan Menetapkan Matlamat.
b. Berfikir Dan Menyelesaikan Masalah.
c. Mengurus Masa Dan Memprioriti Kerja.
d. Interaksi Dan Berkomunikasi.
e. Menukar Tabiat Lama Kepada Tabiat Baru.


Info Untuk Menganjurkan Program Ini

Durasi : 8 jam (1 hari)

Peserta : Eksekutif/Pegawai Profesional & Pengurusan (P&P)

Jumlah : 50 orang (maksimum)

Tempat : Dewan/bilik latihan organisasi penganjur

Yuran : RM2,500 sahaja (tidak termasuk caj perjalanan utk program di Pantai Timur, Utara, Sabah & Sarawak)


3 Langkah Mudah Untuk Menempah Tarikh

1. Pilih tarikh yang sesuai.

2. Hubungi kami di talian 03-89222934 untuk tempah tarikh yang dipilih.

3. Emelkan jemputan rasmi kepada kami ke tanya@asasinsan.com.


Anda juga boleh sertai program ini yang kami anjurkan secara Public TrainingKlik di sini untuk Daftar Penyertaan Online.

Selain diri sendiri, anda juga boleh menaja dan menghantar kakitangan terpilih di jabatan atau syarikat anda untuk menyertai program ini sebagai latihan tambahan, insentif atau penghargaan untuk mereka.

Kelebihan menyertai siri public training ini ialah
- Jumlah peserta yang kecil (15-30 orang).
- Tempoh program yang lebih panjang.
- Kupasan, latihan dan fokus lebih mendalam.
- Peserta akan menerima sijil penyertaan.
- Yuran penyertaan yang amat murah dan berbaloi.
- Peluang membina jaringan dan kenalan baru.
__________________________________
Tarikh

Masa
9.00 pagi – 5.00 petang

Tempat
Bandar Baru Bangi, Selangor

Yuran Penyertaan
RM200 seorang
- Yuran termasuk bahan latihan, minuman ringan & sijil penyertaan.
- Jamuan makan TIDAK disediakan.

Tarikh Tutup Penyertaan
14 Julai 2016
- Terbuka kepada 30 orang peserta sahaja.
- First come first served.


2 Cara Mudah Untuk Mendaftar Penyertaan


2. EMEL MAKLUMAT DIRI (nama, no. telefon, majikan) ke tanya@asasinsan.com

- Yuran perlu dijelaskan SEBELUM mendaftar penyertaan.
- Bayar ke akaun Maybank 5647 99100 357 (ASASINSAN RESOURCES & TRAINING).
- Emelkan bukti bayaran ke tanya@asasinsan.com.

Kami akan mengesahkan pendaftaran melalui emel dalam tempoh 24 jam. Sila hubungi talian kami 03-89222934 jika anda tidak menerima pengesahan selepas tempoh tersebut.


Polisi Pembatalan & Pemulangan Yuran
Yuran penyertaan yang telah dibayar akan DIPULANGKAN SEPENUHNYA jika;

1. Program dibatalkan oleh pihak kami atas apa jua sebab.
2. Peserta menarik diri sebelum atau pada tarikh tutup penyertaan (14 Julai 2016). Yuran tidak akan dipulangkan jika pembatalan selepas tarikh tersebut, atau peserta tidak hadir pada tarikh program.