10 March 2014

Kopi Panas! TALK; Siri Ceramah Motivasi Kerja

Kopi Panas! TALK; Siri Ceramah Motivasi Kerja
Idea & Inspirasi Kala Ekonomi Gawat

“Of course motivation is not permanent. But then, neither is bathing; but it is something you should do on a regular basis.” Zig Ziglar, motivator AS.

Sekali-sekala. Itulah keperluan program motivasi kepada kakitangan. Ia bukan mengubah tetapi bertindak sebagai pencetus dan penujah.

Tajuk yang dikupas memberi inspirasi dan semangat segar kepada peserta untuk bekerja lebih komited dan lebih menghargai mata pencarian mereka. Terutama dalam suasana ekonomi negara yang tidak menentu hari ini. Setiap pekerja perlu bersedia dari segi minda, jiwa dan ilmu untuk berdepan dengan segala kemungkinan.

Slot ini sesuai untuk semua peringkat kakitangan. Disampaikan secara santai dan berinformasi. Ia menggegarkan kepercayaan negatif (limiting belief) yang menyekat perkembangan diri. Pendekatan interaktif yang digunakan menjadikan peserta selesa, ceria dan partisipatif sepanjang slot dijalankan.

Berikan masa rehat kepada kakitangan anda untuk menikmati ‘secawan kopi panas motivasi’ yang menyegarkan ini. Mereka pasti seronok dan teruja memulakan sesuatu yang lebih positif dan menguntungkan selepas ini.


Siri 1:
DUIT-DUIT, DI MANA KAU DUIT?


Diskusi

Mudahnya Dapat Duit Extra; Kuasa Jimat!

- Impulse Spending; Bahaya Depan Mata Yang Terhijab.

- Rancang Bajet Keluarga, Kira Walapun 10 Sen.

- Buat Kerja Sampingan, Apa Patut Anda Tahu.


Objektif

1. Berkongsi tip-tip dan menyuntik motivasi untuk mengurus sumber pendapatan keluarga secara berkesan dan berhemah.

2. Berkongsi tip-tip berjimat, belanja bijak dan mengurus tekanan (stress) akibat himpitan bajet.


Siri 2:
KALAULAH AKU KAYA!


Diskusi

Nasi Lemak Penyambung Hayat; Kuasa Syukur!

- Jadilah Laba Bukan Bala Kepada Majikan.

- Bukan Komplen Tapi Sarankan.

Jangan Cari Kerja Lain, Kalau…


Objektif

1. Mencetus kesedaran bahawa kerja yang sedang dilakukan adalah amanah dan sumber rezeki terbaik dari Tuhan untuk diri dan keluarga.

2. Kuatkan rasa menghargai dan menyayangi kerja yang dimiliki.


Info Untuk Menganjurkan Program Ini

Durasi : 2 jam (untuk 1 siri)

Peserta : Semua peringkat kakitangan

Jumlah : 50 orang (maksimum)

Tempat : Dewan/bilik latihan organisasi penganjur

Yuran : RM1,000 sahaja (tidak termasuk caj perjalanan utk program di Pantai Timur, Utara, Sabah & Sarawak)


3 Langkah Mudah Untuk Menempah Tarikh

1. Pilih tarikh yang sesuai.

2. Hubungi kami di talian 03-89222934 untuk tempah tarikh yang dipilih.

3. Emelkan jemputan rasmi kepada kami ke tanya@asasinsan.com.