13 May 2015

BENGKEL PERKHIDMATAN KAUNTER PROFESIONAL

Kemahiran Khidmat Pelanggan Berkesan Untuk Pegawai Kaunter



Bengkel Ini Tentang Apa?
Mendedahkan kakitangan kaunter perkhidmatan jabatan dengan kemahiran khidmat pelanggan berkesan dan teknik-teknik melayan karenah pelanggan secara cekap dan profesional.


Objektif Pembelajaran
Tamat bengkel, peserta berupaya

1. Mengaplikasi kemahiran yang betul dalam memberi khidmat kaunter terbaik.

2. Memahami faktor kemanusiaan dalam membina hubungan dengan pelanggan.

3. Menampilkan imej diri positif untuk meningkatkan imej jabatan.

4. Menangani pelbagai cabaran dan situasi berkaitan karenah pelanggan.


Faedah Kepada Jabatan
Kakitangan kaunter adalah ‘wajah’ jabatan. Tugas pertama mereka adalah membentuk   tanggapan pertama pelanggan. Khidmat kaunter yang profesional dengan mudah dapat meningkatkan kepercayaan dan kepuasan pelanggan yang berurusan dengan jabatan.


Kelebihan Bengkel Ini
1. Mendedahkan kemahiran yang praktikal dan mudah diamal.

2. Dikendalikan secara santai, aktif dan interaktif.

3. Menggunakan pendekatan pembelajaran ‘whole brain’.

4. Analisis Penilaian Latihan untuk rekod jabatan.


Apa Yang Akan Dipelajari
1. Apa Itu Khidmat Pelanggan Untuk Kaunter?

Definisi perkhidmatan pelanggan untuk kaunter perkhidmatan.

Cabaran perkhidmatan kaunter.

Ciri-ciri perkhidmatan kaunter yang berkesan.


2. Sesuaikah Aku Sebagai Pegawai Kaunter?

Kenali personaliti dan potensi diri sebagai pegawai kaunter.

Memperbetul perspektif tentang tugas sebagai pegawai kaunter.

Bina imej diri sebagai pegawai kaunter profesional.


3. Memahami Psikologi Pelanggan

Siapa pelanggan?

Memahami jenis dan gelagat pelanggan.

Memahami faktor-faktor kepuasan pelanggan.

Memahami mengapa pelanggan merungut.


4. Teknik Berkesan Menangani Situasi Pelanggan

Teknik PASCA™ – Cara membina tanggapan pertama memukau.

Teknik VIP™ – Cara membina hubungan positif dengan pelanggan.

Teknik PICU™ – Cara berdepan dengan pelanggan sukar.

Teknik RADAR™ – Cara mudah membaca minda pelanggan.


Kakitangan Yang Patut Hadir
1. Kakitangan kaunter jabatan

2. Pegawai yang memantau, melatih dan membimbing kakitangan kaunter.


Maklumat Bengkel

Tarikh
23 – 24 Mei 2017 (Selasa & Rabu)

Masa
9.00 Pagi – 5.00 Petang

Tempat
Studio Motivasi Asas Insan
Bandar Seri Putra, Bangi. Klik di sini untuk peta.

Yuran
RM480 Seorang
Termasuk nota, alat tulis, makanan, sijil penyertaan & sebuah buku motivasi NLKL
Penginapan tidak disediakan

Kaedah Daftar Penyertaan

1. Hubungi kami untuk semak kekosongan tempat.


3. Atau, muat turun Borang Penyertaan di bawah (jika perlu mengisi borang hardcopy) dan emelkan ke tanya@asasinsan.com setelah diisi lengkap.

Tarikh Tutup Penyertaan
18 Mei 2017 Dilanjutkan sehingga 22 Mei 2017 (Isnin)

DAFTAR SEKARANG.

Klik di sini untuk DAFTAR ONLINE
(amat digalakkan untuk mendaftar secara online)

Klik di sini untuk muat turun BORANG PENYERTAAN (hardcopy)