Khidmat Kaunseling




Pusat Kaunseling & Motivasi AsasInsan menawarkan khidmat kaunseling profesional untuk membantu anda menjadi lebih rasional dalam menangani apa jua masalah dan kebuntuan. Antara masalah yang lazim dihadapi oleh masyarakat ialah seperti:-

·         Masalah stres dan depresi (disebabkan oleh macam-macam punca)
·         Masalah kemurungan
·         Masalah psikosis (halusinasi)
·         Masalah kekeliruan personaliti
·         Masalah hubungan suami-isteri (komunikasi, persefahaman, hubungan kelamin, tanggungjawab dan lain-lain)
·         Masalah pengurusan rumahtangga
·         Masalah sebelum-selepas perceraian
·         Masalah dengan anak remaja (13-20 tahun)
·         Masalah dengan anak sekolah rendah (kanak-kanak 7-12 tahun)
·         Masalah dengan anak kecil (3-6 tahun)
·         Masalah dalam kerja (beban tugas, kompetensi, pengangguran, VSS, tukar tempat, pangkat, gaji dan lain-lain)
·         Masalah perhubungan di tempat kerja (ketua-pekerja, sesama pekerja, pekerja-pelanggan dan lain-lain)
·         Masalah dalam belajar
·         Masalah sosial
·         Masalah keyakinan diri

Sesi kaunseling anda akan dijalankan di Studio Terapi Pusat Kaunseling AsasInsan dalam suasana yang selesa, teraputik dan privasi. Maklumat temujanji dan peribadi anda akan disimpan rapi tanpa boleh diakses oleh sesiapapun kecuali kaunselor anda sahaja.

Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Yang penting carilah punca kenapa ia berlaku terlebih dahulu. Luahkan dan kaunselor anda sedia mendengar.

“Maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya setiap kesukaran disertai dengan kemudahan. Bahawa sesungguhnya setiap kesukaran disertai dengan kemudahan.” Surah Al-Insyirah : 5-6

Anda Boleh Bantu Orang Lain
Secara psikologinya, anda mungkin seorang yang sihat dan tiada masalah, tetapi mungkin orang yang anda kenal sedang buntu menghadapi masalah! Segeralah beritahu mereka bahawa masalah yang mereka hadapi perlu ‘DILUAHKAN’ dan kini anda tahu bagaimana untuk bantu mereka. mereka mungkin pasangan, ahli keluarga, rakan pejabat, jiran setaman, rakan FB atau rakan surau.

Hubungi kami di talian 03-89222934 untuk menetapkan tarikh temujanji sesi kaunseling anda.

Caj untuk Khidmat Kaunseling yang kami tawarkan ialah seperti berikut:

TEMPOH SESI
INDIVIDU
KUMPULAN
(tidak lebih 5 orang)
Sesi Pertama (45-60 minit)
RM200
RM150 seorang
Sesi Susulan (45-60 minit)
RM150
RM100 seorang
Pengujian Psikologi (jika perlu)
RM50
RM50 seorang

Insentif Bayaran Mudah
TIADA DUIT tapi masalah sudah meruncing dan anda sangat perlukan seseorang sekarang untuk menceritakan masalah dan perasaan anda? Usah risau, Pusat Kaunseling AsasInsan sememangnya hadir untuk membantu. Anda boleh tetapkan temujanji dan jalani sesi kaunseling anda seperti biasa dan bayarlah caj khidmat kami kemudian apabila anda telah ada sumber kewangan atau anda boleh bayar secara ansuran. Hubungi kami untuk dapatkan maklumat lanjut tentang insentif ini.


2 Langkah Mudah
1.   Hubungi atau hadir sendiri ke Pusat Kaunseling AsasInsan untuk menetapkan tarikh temujanji.
2.   Jalani sesi anda bersama kaunselor kami pada tarikh dan masa temujanji yang telah ditetapkan.

Kaunselor kami sedia membantu anda
Cr. Nurhazreen Hj. Mohd Nor
B. Hsc. (Hons) (Pyschology) UIAM, M. Ed. (Counseling) UIAM
SPT Certified Practitioner, NLP Certified Practitioner
Kaunselor Berdaftar (KBPA 01856)
Ketua Kaunselor  & Perunding Psikologi Pusat Kaunseling AsasInsan

Baca biodata klik disini.

Pusat Kaunseling & Motivasi AsasInsan @ Kosmo! klik di sini untuk baca artikel.