Seminar Terapi Salam™


Seminar Ini Tentang Apa?
Mendedahkan tentang kepentingan dan kaedah meningkatkan motivasi kerja melalui hubungan insani (interpersonal) dan interaksi sihat di tempat kerja.


Apa Hubung Kait Dengan Motivasi Kerja?
Manusia adalah makhluk sosial yang perlu berinteraksi untuk hidup sempurna. Seseorang pekerja akan berasa gembira dan bermotivasi tinggi apabila dia tahu di tempat kerjanya dia disukai oleh semua orang.


Isu Apa Yang Ingin Ditangani?
Individu - Rendah motivasi diri dan kesungguhan dalam bekerja akibat kurang mahir berinteraksi dan mempunyai hubungan yang kurang mesra dengan warga pejabat.

Kumpulan - Suasana kerja kurang ceria, suram dan saling prejudis antara kakitangan.

Ilustrasi: Puan Mawar suka mengambil kesempatan dan membodek ketuanya. Dia disukai oleh ketuanya tetapi sebahagian besar pekerja di pejabatnya tidak senang dengan perangainya. Walaupun dia kelihatan bersemangat tetapi hakikatnya ia adalah buatan (fake) dan lebih malang lagi ia menggugat motivasi dan keseronokan orang lain untuk bekerja.


Apa Hasil Pembelajaran Yang Dijangkakan?
Selepas seminar ini peserta akan lebih…

Kesedaran – Sedar (aware) tentang kepentingan dan kaitan motivasi kerja dengan perhubungan dan interaksi sihat antara pekerja di tempat kerja.

Pengetahuan – Faham cara terbaik untuk berinteraksi di tempat kerja yang boleh mewujudkan hubungan baik dengan orang lain dan merangsang motivasi diri dalam bekerja.

Pengamalan – Berkemahuan, yakin dan berani memulakan perubahan diri ke arah yang lebih positif walaupun masih berada dalam lingkungan kerja (work climate) yang sama.


Kerangka Kandungan Diskusi
Seminar ini akan dikupas berteraskan 3 dimensi perspektif utama:

Apa Pentingnya Interaksi Dan Hubungan Insani Dalam Mengekalkan Prestasi Dan Keseronokan Bekerja?

Kenapa Sukar Berinteraksi Secara Sihat Dan Membina Di Pejabat?

Bagaimana Cara Mudah Untuk Berinteraksi Agar Semua Orang Suka?

Kandungan diskusi adalah dinamik dan boleh dilaras bersesuaian dengan keperluan peserta.


INGIN ANJURKAN SEMINAR INI? Sila Klik Di Sini.