08 September 2016

Bengkel Motivasi Keibubapaan


Jangan sekadar mengharap anak kita mencapai prestasi atau keputusan terbaik dalam akademik. Carilah jalan untuk bantu mereka sedaya mungkin.


Dalam bengkel ini (Bahagian 2), kami bantu para ibubapa untuk memahami dan meneroka potensi anak-anak berpandukan personaliti mereka. Lain anak lain cara dia belajar.

Kenapa anak-anak berbeza cara mereka belajar?
Kenapa adik sukar ikut apa yang kakak atau abang telah berjaya buat dan capai?
Kenapa ada anak yang rajin dan sebaliknya?
Perlukah anak anda pergi kelas tuisyen?
Betulkah kerja sekolah (homework) bagus?
Kenapa anak anda duduk kelas belakang?
Sesuaikah anak anda ambil aliran sains?
Patutkah anak anda masuk asrama penuh?
Bolehkah anak anda jadi doktor?

Maklumat dalam bengkel ini akan memberi ibubapa perspektif baru dan berbeza tentang anak-anak. Ini akan dapat membantu ibubapa membimbing dan merangsang anak-anak belajar dengan lebih berkesan.

Semoga selepas ini kita mampu membantu meningkatkan pencapaian akademik anak-anak kita dengan lebih berkesan.

Yang lebih penting, anak-anak akan  merasakan kita adalah ibu ayah yang benar-benar memahami dan menyayangi mereka.
Insya Allah.

Tandakan kalendar anda dan daftar sekarang sebelum terlambat.

Tarikh:
3 Disember 2016 (Sabtu)
Nantikan tarikh akan datang!

Masa:
9 pagi - 4 petang

Tempat:
Pusat Kaunseling & Motivasi Asas Insan
Bandar Seri Putra, Bangi

Yuran:
RM60 seorang / RM110 berpasangan

BismillahDAFTAR SEKARANG.




Anak-anak anda semakin besar?

Terasa semakin renggang dengan mereka?

Semakin sukar mengawal perangai mereka?

Ingin pikat hati mereka agar lebih
hormat dan kasih kepada anda?

Ingin jadi ayah dan ibu yang mereka contohi?

Perlukan suntikan dan inspirasi agar anda
lebih bersemangat memikul amanah
sebagai ibu dan ayah? 

Dalam bengkel ini kami akan melatih anda
dengan satu kemahiran yang jarang diketahui
oleh ibubapa tetapi amat berkesan dalam merapatkan hubungan kekeluargaan.

Inilah rahsia bagaimana kaunselor memahami klien mereka dengan cepat dan tepat.

Sertai bengkel ini dan selepas itu
binalah hubungan yang lebih akrab dan ceria
dengan anak-anak anda. Kerana,
anda sahajalah ibubapa mereka. 

Hubungi kami segera
untuk mendaftar nama anda.



Anda juga boleh mendaftar nama
SECARA ONLINE
dengan hanya klik link di bawah.

Lebih Mudah & Cepat.
Perlu cepat kerana tempat terhad.

Bismillah, DAFTAR SEKARANG.