PROGRAM MOTIVASI EKSEKUTIF (PEKERJA)


25 Kursus Berimpak Tinggi Untuk Tingkatkan Motivasi Dan Profesionalisme Kakitangan Jabatan Anda. Anjur Satu Hari Ini Dan Lihat Impaknya.

PENGENALAN
Sebuah organisasi yang berjaya digerakkan oleh kumpulan pekerja yang produktif. Samada di pucak mahupun di peringkat bawah, pekerja yang produktif diperlukan untuk menggerakkan seluruh operasi organisasi secara berkesan.

Jika ada pekerja yang memilih untuk menjadi sebaliknya, ia pasti memberi kesan kepada keberhasilan organisasi. Bayangkan jika separuh pekerja organisasi anda memilih untuk jadi tidak produktif. Lebih merugikan lagi jika sikap mereka ini berakar akibat budaya dalam organisasi.

Pekerja yang produktif adalah seorang individu yang efisyen dalam menjalani rutin hidupnya. Dia bijak menyusun keutamaan dan mempunyai kualiti hubungan yang baik dengan Tuhan (hubungan vertikal) dan sesama manusia (hubungan horizontal). Mempercayai kebolehan diri dan tegar dalam usaha mencapai matlamat diri yang telah ditetapkan. Individu seperti ini biasanya tidak mudah mengaku kalah apatah lagi untuk hidup sekadar berserah kepada nasib dan keadaan.

Di sinilah pentingnya motivasi diri untuk terus merangsang pekerja. Kejayaan-kejayaan dalam hidup yang dicapai oleh seseorang pekerja memberi kesan langsung kepada organisasi yang dianggotainya. Bekerja bukan sekadar bertujuan mencari rezeki untuk menafkahi keluarga tetapi mengoptimumkan potensi diri dan memberikan yang terbaik sebagai seorang insan yang memikul amanah sebagai khalifah dan hamba Tuhan.


KONSEP LATIHAN
Konsep latihan dalam siri kursus yang kami kendalikan bermatlamat untuk membantu organisasi membangunkan pekerja yang bercirikan Modal Insan Terpuji yang memenuhi aspirasi Rahmatan Lil A’lamin (Rahmat untuk Semua). Mereka seimbang, bermanfaat dan berketokohan (exemplary).


KEUNIKAN KURSUS YANG KAMI KENDALIKAN
1. Mendedahkan kemahiran yang praktikal dan mudah diamal.
2. Dikendalikan secara santai, aktif dan interaktif.
3. Menggunakan pendekatan pembelajaran ‘whole brain’.
4. Sesuai untuk semua peringkat kakitangan.
5. Menyediakan analisis penilaian kursus untuk rekod penganjur/jabatan.


SESUAI DIANJUR UNTUK SIAPA?
Kursus-kursus kami sesuai dianjurkan utuk semua kategori kakitangan:-
Kategori 1 - Ketua Jabatan & Pegawai Kanan
Kategori 2 - Pegawai & Penolong Pegawai
Kategori 3 - Kakitangan Sokongan & Operasi


HAD JUMLAH PESERTA
30-100 orang bergantung kepada jenis kursus yang dipilih.


TEMPOH KURSUS
1)   4 Jam (½ Hari) : 9 pagi - 1 Petang
2)   8 Jam (1 Hari) : 9 Pagi - 5 Petang
3)   16 Jam (2 Hari) : 9 pagi - 5 Petang (Hari 1 & 2)

Tempoh kursus-kursus kami boleh disesuaikan mengikut keperluan.


KEPERLUAN LOGISTIK YANG PERLU DISEDIAKAN
1. Dewan kursus
2. P.A. system (mikrofon codeless & kabel audio untuk laptop)
3. LCD projector
4. Alat tulis peserta (kertas & pen)


YURAN PENGANJURAN
Yuran kami mungkin yang paling murah dalam pasaran. Kami yakin ia berbaloi dengan kualiti kursus yang kami janjikan. Dengan kadar yang mampu anjur, ia mudah disesuaikan dalam bajet jabatan anda. Ekonomi gawat bukan lagi alasan untuk tidak menganjurkan kursus atau latihan untuk kakitangan. Kami sentiasa sedia berbincang agar kursus jabatan anda dapat berjalan seperti dirancang.

Kami juga menawarkan Kadar Diskaun Istimewa untuk penganjuran kursus secara bersiri.

Sila hubungi kami untuk dapatkan sebutharga dan maklumat lanjut.


25 KURSUS BERIMPAK TINGGI, PRAKTIKAL DAN MENARIK MENANTI KAKITANGAN ANDA.

Sila klik pautan untuk baca lanjut tentang setiap kursus dan muat turun brosur.

A) KURSUS MOTIVASI PENINGKATAN PRESTASI DAN KEPUASAN KERJA
Siri Kepimpinan Diri Dalam Kerja

Siri Budaya Kerja Cemerlang Dalam Organisasi

Siri Pengurusan Kendiri Dalam Kerja

Siri Motivasi Kerohanian Islam Dalam Kerja

B) KURSUS PENGUKUHAN SOFTSKILL & PROFESIONALISME

C) BENGKEL PEMANTAPAN ORGANISASI


Anjurkan Satu Hari Ini! 
Hubungi Kami Segera Untuk Menempah Tarikh.