30 April 2017

Program Istimewa Ramadan 2017 Untuk Kakitangan Anda


Kerja atas sejadah.

Pelik? Tidak sebenarnya. Ia satu metafora mudah.

Seorang muslim berada dalam keadaan dirinya yang paling baik setiap kali berada di atas sejadah. Sekurang-kurangnya lima kali sehari dia akan berada dalam keadaan tersebut. Solat, merendahkan diri sebagai ketundukan dan kepatuhan kepada yang Maha Melihat dan Maha Berkuasa, Allah Azza Wajalla.

Proses atas sejadah ini dilaksanakan dengan segala syarat, rukun dan tertibnya. Ini menggambarkan keterikatan yang amat ketat diri seorang muslim dengan S.O.P. (standard operating procedure). Pelanggaran atau peninggalannya menyebabkan keseluruhan proses terbatal, tertolak dan sia-sia.

Di atas sejadah, muslim tidak akan bermuslihat. Biarpun berdiri seorang diri dalam bilik yang terasing dan bertutup rapat, integritinya utuh. Dia tahu, Tuhan melihat dan nampak segala-galanya walaupun pandangan manusia terhijab.

Dia mulakan dengan pengikraran bahawa Allah SWT adalah Tuhan Yang Maha Besar, tunjangnya adalah penyerahan diri sepenuh raga kepada kekuasan Tuhan melalui lafazan bertajwid Al Fatihah dan dia melabuh tirai solatnya dengan mengucap Salam ke utara dan selatan menyebar rahmat Tuhan ke sekalian alam. Sempurna!


Persoalan penting di sini, mana pergi semua kesempurnaan itu setelah seorang muslim melangkah keluar meninggalkan sejadahnya? Adakah Tuhan hanya diingati dan ditaati atas sejadah?

Ini dikupas secara santai, tuntas dan berimpak dalam Seminar Khalifah Dalam Kerja™, edisi khas Ramadan 1438H/2017. Ia bukan ceramah agama tetapi sebuah seminar mencetus motivasi diri dalam bekerja.

Mari segarkan jiwa dan capahkan perspektif kakitangan anda Ramadan ini. Anjurkan seminar ini di pejabat anda sebagai menghidupkan bulan ibadah ini. Ramadan menjadi lebih bermakna dan berwarna. Diskusi empat jam ini akan melonjakkan semangat dan estim diri mereka untuk berusaha menjadi pekerja yang berciri Rahmatan Lil A’lamin. Insya Allah

Bermula 29 Mei 2017 / 3 Ramadan (Isnin) sehingga 16 Jun 2017 / 21 Ramadan (Jumaat), tersedia 15 tarikh sepanjang Ramadan untuk organisasi anda menganjurkan seminar ini. Pilih satu tarikh sebelum terlambat kerana kami hanya mengendalikan seminar ini satu hari satu seminar.


BORANG TEMPAHAN ONLINE. Klik di sini untuk MENEMPAH TARIKH.