23 October 2017

Adakah anda ketua yang berpengaruh?


Berpangkat tidak bermakna seseorang itu mahir memimpin. Bukan satu yang pelik melihat orang yang berpangkat tetapi lemah daya kepimpinan. Kemahiran memimpin memerlukan latihan, pendedahan dan pengalaman.

Sebagai ketua dalam organisasi, kemahiran memimpin adalah fundamental. Individu-individu dalam organisasi perlu bergerak sebagai satu. Bergerak secara berasingan dan berseorangan akan melemah dan meranapkan organisasi selepas satu jangka masa.

Bagaimana pekerja boleh disatukan dalam keadaan mereka mempunyai pelbagai ragam watak, personaliti dan permasalahan. Rambut sama hitam tapi perangai bermacam-macam. Di sinilah letaknya fungsi kepimpinan. Kepimpinan menggerakkan ramai individu ke satu arah yang sama.

Berpangkat sahaja belum cukup untuk membuktikan bahawa seseorang itu adalah pemimpin. John C. Maxwell dalam bukunya 5 Peringkat Kepimpinan mengkategorikan Position Leader sebagai kepimpinan peringkat paling bawah dan asas. Orang bawah mematuhi anda sebab anda ketua (berpangkat) dan bukannya pemimpin.

Dalam perspektif ini, kami menganjurkan Kursus Kepimpinan Organisasi Berpengaruh dengan hasrat membantu meningkatkan kemahiran para pemimpin organisasi mengendali dan mengurus kakitangan melalui kemahiran kepimpinan berkesan. Selepas mengikuti kursus ini, para peserta dijangka berupaya;

1. Memahami karakter, tingkah laku dan potensi diri sebagai pemimpin dalam organisasi.
2. Mempengaruhi, mengurus dan memimpin kakitangan dan organisasi dengan lebih berkesan.
3. Membantu kakitangan mengembangkan potensi diri ke tahap terbaik dalam kerja.
4. Menangani situasi dan konflik melibatkan kakitangan dengan lebih berkesan.

Rebutlah peluang ini dan daftar segera. Kursus yang dikendalikan secara interaktif dan aktif ini akan memberi anda pengalaman kursus yang menarik, berbeza dan yang paling penting, berkesan.

Maklumat Kursus

Tarikh
29 - 30 Januari 2018 (Isnin & Selasa)

Masa
8.30 Pagi – 4.30 Petang

Tempat
Studio Motivasi Asas Insan
Bandar Seri Putra, Bangi. Klik di sini untuk peta.

Yuran
RM480 Seorang
RM450 Seorang - jika daftar awal sebelum 8 Januari 2018 atau daftar berkumpulan 2 orang dan ke atas.

Tarikh Tutup Penyertaan
27 Januari 2018

Baca lanjut tentang kursus ini, klik di sini.